Friday 27 April 2012

Down Memory Lane

Assalamualaikum w.b.t ,
Entah kenapa duduk rumah arini teringat pulak kenangan masa start kapel ngan si F :)
Haha , kalau ingat-ingat balik kelakar la pulak. *sengih sorang-sorang
Macam ni..

Dulu before Facebook become famous , kita start main Myspace kan ? Haa , dari situ la permulaan perkenalan kteorang. Hihi. Dia selalu komen gambar-gambar dengan agak menyinggung perasaan jugak la -.- Ada satu gambar tuh Anys duk atas vespa kawan. Lepas tuh boleh pulak dia komen "comei nyo........vespa" And macam -macam lagi la. Sayang pulak tak sempat nak save gambar-gambar tu sume :( Dari situ menjadi agak curious untuk mengenali lelaki durjana itu. Haha :p Dah la letak DP tutup mulut , lepas tuh rotate 360 darjah. Haih , misteri betul. Tiap kali tengok DP dia , mesti dengan serta-merta kepala turut menjadi senget -.-

And then baru dapat tahu yang dia ni kawan kepada kawan Anys. Lepas tuh kawan Anys tu pulak ikut suka hati dia je pass nombor ! Anys banyak text ngan dia lepas pukul 12 mlm je. *Yelahh , time tu kan jimat (guna celcom) si F selalu kacau , sikit-sikit misscall. Padahal dah cakap text malam je , tapi degil.

Okay , lepas ber-texting banyak-banyak , dia pun ajak kapel. Actually masa tu kiteorang tak pernah jumpa pun. Serius ! Tapi ntah macam mana la boleh terima lamaran dia. Hihi. Cinta tu kan buta ? ;p First meet ialah masa nak amek result PMR. Tak jumpa pun , just tengok dari jauh. Dah lah masa tuh dia pakai helmet , memang blur la. Tapi apa yang jelas masa tuh , dia tersangat kering macam lidi. :p *kalau dia baca niy , kantoiiii. And mata dia agak sepet. Kulit dia tak putih tapi tak jugak hitam.

Alhamdulillah , lepas tuh kiteorang still declared as a couple. First date kiteorang masa awal persekolahan 2009. Masa tuh Anys tunggu la dia datang kat sekolah dengan kawan Anys yang bagi nombor tuh. Fuhh , agak terkesima di situ dengan kekacakkan beliau :o *jangan nak perasan F ;p Tiba-tiba hati jadi dupdapdupdap -.- Lain dari yang tengok haritu. Dia putih okay. Mata pulak kaler coklat -.- Memang kena dengan taste.

Apa yang kelakar pulak , balik tuh terus je text BFF psl dia. Cakap dia hensem sangat la and bla3. Lepas je tekan sent message tuh , si F niy pulak yang reply. OMG , tersilap hantar ! Malu doe -.- Tapi kalau kenang balik , semua kenangan tu la yang mengeratkan lagi relationship kiteorang. Dah la hari jumpa tuh hujan turun renyai-renyai. Auww~


Petua Awet Muda

Assalamualaikum readers.
Agak lama tak meng-update blog -.- Bukan apait's just that it's kinda hard when my days and hours are mostly wrapped around things that are more important. 
Enough. Okay , for this entry Anys nak share sedikit petua awet muda.
Berminat lah tu ? ;p
Petua niy Anys search dalam google so nak share lah dengan anda-anda semua :)
Baik kann ? :p
Jom baca >

1. Sejurus bangun pagi (bangun pagi je. Bukan bangun yang pukul 12 pukul 1 -.-), sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
2. Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas. kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak. Amalkan setiap hari.
3. Kalau ikut petua orang2 tua , amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun ke muka, rambut dan kulit badan. Air embun ni banyak khasiatnya. Insya Allah muka akan berseri , badan sihat serta awet muda.

4. Baca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Tapi kalau mandi guna shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

5. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
6. Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
7. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. Orang sekarang ni kebanyakannya main buang je merata. Nak potong kukupun ada petuanya, bukan main belasah je. Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing-masing. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Rumahtangga yang bahagia pun penyebab kepada awet muda.

Tu dia. Hopefully this info will bring goodness for you guys. Banyak lagi petua lain macam berhenti makan sebelum kenyang , jangan makan bersulamkan air , banyakkan vegetables dan yang paling mujarab jangan tinggal solat. Sebab setiap wudhuk yang diambil itulah merupakan pencuci muka yang paling berkesan ;)

Sunday 22 April 2012

Info Untuk Korang :D

Assalamualaikum.
Heyyo !
Okayy , today Anys nak share sedikit benda yang baru Anys dapat tahu.
Jeng-jeng-jeng.
Firstly nak tanya , pernahkah anda minum ni ?
Air Sirap

Air Sirap Biji Selasih

Air Bandung Cincau

Sebagai rakyat Malaysia , tipu laa kan tak pernah minum air sirap ni  ?
Air sirap ni dah biasa kita minum kat kenduri terutamanya or apa-apa majlis kan.
Kadang-kadang pekena air sirap time cuaca panas macam ni punya la best kan ? Lepas tuh taruk ais banyak-banyak. Fuhhhh.


Tapi..
Yang kurengg enak didengar ialah cikgu sastera kesayangan Anys ada kasi sedikit info pasal air ni.
Agak terkejut berukk la kat situ. Yelahh , selama ni elok je duk minum.
Air niy bukannya haram , masih boleh diminum. JANGAN RISAU *gabraa ke? :p
Cuma ada seorang yang cikgu Anys kenal cakap pekat kemerahan sirap tu dihasilkan dari semut.
*Lupa pulak cara cikgu citer -.-
Heran pulak kan macam mana dorang amek sesuatu dalam tubuh semut yang sebesar taik mata tu ?
And apa kaitan pekat merah dengan semut ?
Anys pon tak tahu.
Ckgu pun cakap benda ni entah betul atau tidak.


Tapi kalau pikir balik , kita semua sedia maklum kan bahawasanya kita sebagai umat Islam dilarang memakan semut.
Jika tertelan seekor semut dikatakan akan gelap hati selama 40 hari , atau dalam dialek Kelantan dipanggil "benok palo otok". Bayangkan lah berapa ekor semut dalam botol sirap tuh -.-
Ramai antara kita percaya yang faktor makanan adalah salah satu punca kurang daya ingatan.
so , korang pikir-pikirlah ye.
Makcik and pakcik jangan risau , nak minum minum je. Cuma kurang digalakkan untuk student specially student yang nak exam besar macam Anys.


Ni haa info dia. Jadik , korang pikir-pikir la. Memang pihak JAKIM pun takde keluarkan kenyataan macam ni. Tapi ingat , orang kafir selalu mencari peluang untuk menjatuhkan Islam tak kira la dengan cara kecil sekali pun. Before this pun kita pernah tengok kat internet kan ada kalimah Allah dan Muhammad kat tapak kasut brand apentah and macam-macam lagi.
Maaf ye kalau salah info -,-


Friday 20 April 2012

Miss You :')


Hey Guys !
whoaa , agak lama tak meng-update blog :O
agakk busy.
Okay , masuk harini dah cukup sebulan kot si F takde. Yelahh , keje -.-
Mesti korang wonder kan keje ape sampai sebulan cenggini. Actually si F niy keje kat laut. Anys pon tk sure macam mana , tapi dekat pelantar minyak. Get it ? -.-
Bagi sesape yang tak pernah kena tinggal cenggini , memang agakk memeritkan. But now , I'm used to it :)
Tapi alhamdulillah , si F tak pernah abaikan tanggungjawab dia. *macam lakibini la pulak. Huahua :p
Tak lah , maksud Anys even dia keje dia always call lepas tuh tanya sihat tak ? okay tak harini ? klua pegi mana harini? Sampai Anys pun naik bosan daa soalan sama je -.- Tapi tape la , at least I know he cares.
Tadi baru lepas call dia. Lama gila , cakap apentah -.- Guna phone abah , pakai bil tu pasal sodap hati aku joo. hihi.

Oh ya , kat sana phone takleh bawak. Kena save dalam locker. Sebab menyebabnya tak dapat la Anys na kenal pasti. Dia call guna phone yang dekat sana. Kena guna Italk. Paham tak ? -.-
So , ada kebaikan and keburukan sebenarnya. The good is time dia pegi keje this is the best time untuk perah otak study. *tapi sayang tak SErajin itu :p And credit pun jimat sesangat. Tak payah ikat perut sebab nak beli topup. Whee~
Yang bad pulak , bila dia tade tahap kesunyian tahap gaban mula menguasai diri. -.- Lepas tuh time bad mood or someone makes shit , tiada tempat untuk mengadu. Uwaa :'(

Tapi , ada pengajaran okay. Hal itu membuatkan kita jadi boleh independent and then make us matured. Kan ? So , bila berjauhan niy agak useful la. Tu aje for today. Dah dekat jam 1 pagi and I'm starving :/
Perut niy dah menari dangdut niy haa mintak makanan. Sabar ye duhai perut. Haha.
Selamat Tidur semua.
Sweet Dreams.
n__n





Thursday 5 April 2012

Do Anyone Cares When I'm Hurt ?

Assalamualaikum.
Hey guys.
Lately , things doesn't flow smoothly as I hope -.-

Okay , I wanna ask you guys what do you guys feel when someone that you love lies to you ?
And you knew it after 3,4 month later ?
What will you guys do ?
end up your relationship ?
Well , that's exactly what I feel.
Hati berkecamuk !
Ditipu berkali-II dan dibodohkan sebegitu lama.
What should I do guys ? :(
Kan best kalo dapat delete memori macam delete apentah kat recycle bin lepas tuh click empty recycle bin
kan ?
And then bukak chapter baru and lives happily ever after.
bestnyeee ;')

Anys cuma manusia biasa. Boleh memaafkan namun apabila berkali-II ditipu , dibodohkan , rasa dah tak sanggup nak maafkan. Kejamkah Anys ?
Yerr , manusia tak sempurna dan selalu membuat kesilapan namun seseorang manusia itu juga patut belajar dari kesilapan dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi kan ?
Tapi begitulah manusia.
Apabila sering dimaafkan atas kesalahan yang dilakukan lalu membuatkan dia tidak serik untuk melakukannya lagi.

p/s: F . sayo kesokk hati. Arap pehe.
      tulong bui gapo hok sayo mitok walaupun awok tak relo.