Friday 27 April 2012

Petua Awet Muda

Assalamualaikum readers.
Agak lama tak meng-update blog -.- Bukan apait's just that it's kinda hard when my days and hours are mostly wrapped around things that are more important. 
Enough. Okay , for this entry Anys nak share sedikit petua awet muda.
Berminat lah tu ? ;p
Petua niy Anys search dalam google so nak share lah dengan anda-anda semua :)
Baik kann ? :p
Jom baca >

1. Sejurus bangun pagi (bangun pagi je. Bukan bangun yang pukul 12 pukul 1 -.-), sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
2. Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas. kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak. Amalkan setiap hari.
3. Kalau ikut petua orang2 tua , amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun ke muka, rambut dan kulit badan. Air embun ni banyak khasiatnya. Insya Allah muka akan berseri , badan sihat serta awet muda.

4. Baca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Tapi kalau mandi guna shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

5. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
6. Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
7. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. Orang sekarang ni kebanyakannya main buang je merata. Nak potong kukupun ada petuanya, bukan main belasah je. Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing-masing. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Rumahtangga yang bahagia pun penyebab kepada awet muda.

Tu dia. Hopefully this info will bring goodness for you guys. Banyak lagi petua lain macam berhenti makan sebelum kenyang , jangan makan bersulamkan air , banyakkan vegetables dan yang paling mujarab jangan tinggal solat. Sebab setiap wudhuk yang diambil itulah merupakan pencuci muka yang paling berkesan ;)

No comments:

Post a Comment