Sunday 18 March 2012

Palestin , Tabahlah !

Sehingga hari ini , kita tidak pernah lekang dengan isu Palestin yang dihina , dikecam , diperlakukan seperti binatang di tanah sendiri. Sejujurnya , terbit rasa sebak di hati Anys apabila melihat coretancoretan di dada akhbar tentang isu hangat ini. Walaupun tidak berada di tempat mereka , dapat dirasai kesengsaraan dan derita mereka hanya melalui gambar yang didedahkan.

Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan pihak barat ? Tidak adakah sekelumit kasihan dalam diri mereka sesama insan yang bergelar manusia. ? Sebak tatkala melihat mereka terutamanya wanita dan kanak-kanak turut dijadikan mangsa. Hmm , Anys tak pandai nak karangkarang ayat  , tapi Anys harap kita yang berada di Malaysia bersyukur kerana dapat hidup dengan aman damai , dapat bersekolah , makan dan minum terjaga dan sebagainya. Sedangkan mereka diajar untuk berperang , berjihad untuk Islam.

Tiada siapa dapat menduga bila isu ini akan berakhir. Oleh itu , kita sebagai sesama umat Islam patut mendoakan kesejahteraan hidup mereka. Teringat kata-kata cikgu -->
"Bukan mudah untuk memanusiakan manusia"





No comments:

Post a Comment